Pemandangan di Thames Park
Pukul 10.38 pagi kami bertolak dari Albany ke Coromandel, Hamilton (perjalanan mengambil masa 2 jam). Mizah rasa seronok sangat sebab sudah lama tak berjalan jauh. Pagi-pagi lagi Mizah dan adik-adik sudah bangun kerana tak sabar-sabar untuk berjalan sempena cuti sekolah ini.
Inilah hobi Mizah, panjat pokok
Di sini pun ada museum, tapi kami tak sempat nak pergi
Mizah dan adik-adik
Mizah dan adik-adik hanya tidur sahaja sepanjang perjalanan. Cuaca pada hari itu sangat elok, walaupun pada paginya sedikit renyai. Kami singgah berhenti solat dan makan di Thames Park. Mizah dan kawan-kawan bermain playground, kemudian kami ternampak ada orang menaiki small train. Mizah pun memujuk abah untuk menaiki train tersebut dan kami dikenakan bayaran $2 per head untuk untuk board that train.
Seronok sangat
Kami sedang beratur untuk naik train itu
Nampak macam besar, tapi sebenarnya kecil sahaja
Di sini banyak pokok ni, dari jauh nampak macam buah rambutan.
Mula-mula Mizah takut juga sebab train itu sangat kecil, tapi lama kelamaan Mizah rasa seronok sangat, macam nak naik lagi. Selepas naik train itu, kami makan di bawah sebatang pokok. Cuaca nampak panas, tapi sebenarnya sangat sejuk bila angin bertiup.
2 comments:
wah.. best nyer dapat jalan2 naik train....
The train so small...
Post a Comment